Friday 25 May 2012

mansuh PTPTN

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

maaf , ni hanya pendapat minaa je .. mansuh ptptn ? mcm tak masuk akal lah pulak .ok , kalau lah ptptn dah tak de , macam mana pelajar cemerlang nak sambung pengajian dia orang dengan kehidupan yang tak seberape? maksud nya keluarga dia tak berduit . tak kan nak pinjam dari bank ? lagi pun , siswa dan siswi hanya pinjam ptptn . itu lah risiko yang mesti di ambil bila bagi pinjam . macam masa kat sekolah . kawan nak pinjam RM1 pada kita , dia kata esok dia nak bayar tapi bila esok kita minta,dia buat muka tak tau je ...
kat Malaysia ni pulak susah nak cari kerja . ada juga segelintir yang memilih kerja..ramai kat luar sana yang dah jadi penanam anggur(penganggur)..kat Malaysia sekarang pun dah ramai orang asing kerja kat negara kita ..
kalau lah ptptn di mansuh kan , mungkin lebih ramai yang melangguk je kat rumah .. yang perempuan tak kesah sgt sebab mungkin ada orang dtg yang tanggung dia tapi yang lelaki .. maaf cakap , ramai yang akan jadi sampah masyarakat . habis tuh , bila dah tak dapat sambung pengajian sebab tak ada duit dan tak ada kerja nak dibuat dengan sekarang negara kita ramai yang jadi usahawan(bisnesmen/bisneswomen) , menandangkan pula jenayah semakin berleluasa .Mungkin ada yang akan jadi peragut , mungkin jadi penganggur , mungkin jadi  segala macam 'pe' lah .. semestinya kita tak nak jadi macam tu dan ia akan melumpuhkan ekonomi negara kita .. tak gitu .
minaa juga satu hari nanti , insya-Allah akan menjadi siswi di salah sebuah IPTA atau kolej atau universiti ke , minaa sendiri nak PTPTN tu . menurut cerita yang minaa dapat , ada siswa dan siswi yang terpaksa 'ikat perut' sebab nak beli keperluan belajar macam buku , nak potostat mcm2 .. semua nak guna duit , nak masuk tandas awam pun kena bayar . ZAMAN DAN BERUBAH , DUNIA DAH MAJU , FIKIRAN DAH KEHADAPAN , tapi semua yang kita nak buat mesti bermula dengan duit.nak belajar pun guna duit,nak beli buku guna duit..kalau maha siswi dan siswa guna buku di perpustakaan memang boleh tapi ada ke sebuah buku , bilangannya sama seperti pelajar yang beribu-ribu dapat universiti tu .
kita boleh memperbaiki dengan melihat masa silam tapi kita tak boleh kehadapan dengan tangan kosong .. 
kita perlu fikir bersama supaya senyum di masa hadapan . genggam api biar sampai menjadi bara..PM tahu apa yang patut dilakukan dan kita perlu menghormati keputusan pemimpin.. ingat , seorang manusia tak boleh nak memuaskan semua manusia yang lain ... 
maaf jika ada yang tersinggung dan di ulangi , ini adalah PENDAPAT INDIVIDU sebagai warganegara Malaysia . yang buruk datang dari saya , yang baik dari Allah .. fikir yang terbaik untuk diri kita dah semua orang dan jangan kecewakan orang lain yang mengharap sesuatu dari kita ..

No comments:

Post a Comment